Bahasa Melayu English  | |  

Laporan Perubatan

 

PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

Kesemua permohonan Laporan Perubatan boleh dimohon di Pejabat Rekod Perubatan yang terletak di Aras 1 Bangunan Pentadbiran Hospital Permai.

 

Apa Yang Perlu Dibawa

  • Borang Permohonan Laporan Perubatan (muatturun di sini)
  • Salinan MyKAD/Passport
  • Kad OKU (jika ada)
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad (jika pesakit berusia 18 tahun ke bawah)
  • Salinan MyKad Ibu dan Bapa (jika pesakit berusia 18 tahun ke bawah)

Jika pasangan/ahli keluarga memohon laporan perubatan, dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama ketika permohonan dilakukan:

  • Kebenaran pesakit
  • Salinan Sijil Perkahwinan
  • Salinan MyKAD pemohon yang memohon Laporan Perubatan
  • Sijil Perceraian (jika berkaitan)
  • Sijil Kematian (jika berkaitan)
  • Arahan Mahkamah (jika berkaitan)

Caj Laporan Perubatan

  • Pegawai Perubatan                         : RM40
  • Pakar Psikiatri                                  : RM80
  • Laporan terperinci Pakar Psikiatri    : RM200 – RM1000

Hubungi Kami:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  • +607-2311000 samb. 1062
  • +607-2311062